Between plant and love
Friday, 14 November 2014
Welcome To our Blog
Selamat Datang ke blog kami . Kami dari pelajar SMK Raja Perempuan Ipoh ingin mempersembahkan hasil projek kami di sekolah . Terima Kasih kepada pihak USM kerana telah banyak membantu kami menjayakan projek ini dan membimbing kami ketika melakukan projek ini . Kami telah menanam pokok rasberry , pokok pegaga tetapi dah mati sebab terdedah dgn cahaya matahari yang kuat memancar . Jadi tinggallah 3 pokok . Kami menggunakan vermikas ( tahi cacing ) sebagai baja untuk pokok kami . Syukur kehadrat illahi kerana pokok ubikayu , lidah buaya dan bendi masih hidup dan mengeluarkan hasil walaupun kami jarang menyiram pokok tersebut . Pernah suatu bulan kami tidak datang langsung ke taman tema kami kerana kesibukan dengan peperiksaan , kami terkejut setelah melihat taman kami tidak terurus dan macam hutan belukar . Banyak lalang dan rumput tumbuh . Semenjak itu kami sentiasa datang ke taman tema kami bagi memastikan tiada lalang dan rumput akan tumbuh .
Lidah Buaya (Aloe Vera )
Aloe Vera
Lidah Buaya adalah salah satu tumbuhan antara 250 spesis Aloe serata dunia. Aloe adalah tumbuhan asli kepada timur, selatan dan utara Afrika danMadagascar . Lidah buaya ialah tumbuhan saka, sukulen separa-tropika, dengan akar serabut yang kuat dan daun hijau ke kelabu-hijau yang banyak, berisi tebal, dan bergerigi .Lidah Buaya biasa dipergunakan sebagai kegunaan luar untuk merawat berbagai-bagai keadaan kulit, seperti luka, luka terbakar, dan ekzema.Selain sebagai bahan utama dalam kecantikan, Lidah Buaya juga dikatakan bermanfaat untuk kesihatan seperti mampu melambatkan serangan virus HIV kepada sel sihat, memperbaiki sistem pencernaan, bersifat antiseptik dan antibiotik semulajadi.Dalam bidang masakan, isi Lidah Buaya sebenarnya amat lazat untuk diadukkan dalam beraneka masakan. Teksturnya yang kenyal dengan rasanya menyegarkan sangat sesuai untuk dicampur dengan salad, tumisan, jus mahupun manisan

Bendi (Okra )
Bendi
Bendi, kacang lendir atau kacang bendir merupakan sejenis buah yang dimakan sebagai sayuran yang banyak ditanam di negara-negara ASEAN yang beriklim panas lembap. Bendi yang ada di Malaysia kini dipercayai berasal dariAfrika Tengah
Buah Bendi didapati kaya dengan 90% air, 7% karbohidrat, 2% protein dan 1% serat, garam galian dan vitamin, terutamanya vitamin B. Bendi paling kaya dengan kandungan kalsium.
Buah bendi dikatakan elok untuk perkembangan otak iaitu menguatkan daya memori otak dan kecergasan.
Bendi akan mula berbuah 50-55 hari lepas ditanam dan mampu hidup sehingga 180 hari.

Pokok Ubi Kayu (Cassova )
Pokok
ubi kayu berasal dari Amerika Selatan. Pokok ubi kayu merupakan tumbuhan
berbatang rapuh dan mudah patah. Batangnya berbentuk bulat dan bergerigi yang
disebabkan bekas pangkal tangkai daun. Bahagian tengah batangnya mempunyai
gabus. Pokok ubi kayu biasanya mencapai ketinggian sehingga 4 meter. Ia mudah
ditanam dan penjagaannya juga tidak sukar. Pokok ini boleh ditanam menggunakan
keratan batang. Ia tumbuh subur di kawasan yang berketinggian 1200 meter dari
aras laut. Daun pokok ubi kayu memiliki tangkai panjang dan setiap tangkai
mempunyai daun sekitar 3-8 helai. Kulit batang ubi kayu mengandung tanin, enzim
peroksida, glikosida dan kalsium oksalat.
Kegunaan
Pada
zaman pemerintahan Jepun di Tanah Melayu, ubi kayu menjadi makanan pilihan
setelah bekalan beras sukar diperolehi. Ia juga mnejadi makanan pilihan semasa
musim tengkujuh. Ubi kayu boleh direbus, dibakar, digoreng, dijadikan kerepek
dan kuih muih tradisional.
Selain
ubi yang boleh dimakan, daun dan bahagian pokok ubi kayu juga ada gunanya untuk
kita. Untuk merawat reumatik, 5 helai daun ubi kayu dan satu sudu besar kapur
sirih ditumbuk sehingga lumat dan ditampal pada tempat berkenaan. Sepotong
batang ubi kayu direbus bersama 3 gelas air sehingga mendidih, kemudian ditapis
dan diminum dua kali sehari(waktu pagi dan petang) dipercayai dapat meredakan
demam. Manakala daunnya yang dilumatkan dan ditampal pada bahagian kepala dapat
mengatasi sakit kepala. Air rebusan daun ubi kayu juga dikatakan dapat merawat
cirit birit. Pucuk ubi kayu yang dicelur dan dimakan sebagai ulam dapat
menambah selera makan. Tangkai daun yang muda ditumbuk halus atau buah ubi kayu
yang diparut boleh digunakan untuk luka bernanah.
Kandungan nutrisi bagi ubi dan daun ubi kayu ( per 100 gram ):
Ubi kayu
Kalori 146 kal
Protein 1.2 gram
Lemak 0.3 gram
Kalsium, 33.0 mg
Fosforus, 40.0 mg
Zat besi, 0.7 mg
Daun ubi kayu
Vitamin A, 11000 IU
Vitamin, C 275 mg
Vitamin, B1 0.12 mg
Kalsium, 165 mg
Kalori, 73 kal
Fosforus, 54 mg
Protein, 6.8 gram
Lemak, 1.2 gram
Zat besi, 2 mg
Subscribe to:
Posts (Atom)