Friday, 14 November 2014

Welcome To our Blog

     Selamat Datang ke blog kami . Kami dari pelajar SMK Raja Perempuan Ipoh ingin mempersembahkan hasil projek kami di sekolah . Terima Kasih kepada pihak USM kerana telah banyak membantu kami menjayakan projek ini dan membimbing kami ketika melakukan projek ini . Kami telah menanam pokok rasberry , pokok pegaga tetapi dah mati sebab terdedah dgn cahaya matahari yang kuat memancar . Jadi tinggallah 3 pokok . Kami menggunakan vermikas ( tahi cacing ) sebagai baja untuk pokok kami . Syukur kehadrat illahi kerana pokok ubikayu , lidah buaya dan bendi masih hidup dan mengeluarkan hasil walaupun kami jarang menyiram pokok tersebut . Pernah suatu bulan kami tidak datang langsung ke taman tema kami kerana kesibukan dengan peperiksaan , kami terkejut setelah melihat taman kami tidak terurus dan macam hutan belukar  . Banyak lalang dan rumput tumbuh . Semenjak itu kami sentiasa datang ke taman tema kami bagi memastikan tiada lalang dan rumput akan tumbuh .

Lidah Buaya (Aloe Vera )

Aloe Vera
  

Lidah Buaya adalah salah satu tumbuhan antara 250 spesis Aloe serata dunia. Aloe adalah tumbuhan asli kepada timur, selatan dan utara Afrika danMadagascar . Lidah buaya ialah tumbuhan sakasukulen separa-tropika, dengan akar serabut yang kuat dan daun hijau ke kelabu-hijau yang banyak, berisi tebal, dan bergerigi .Lidah Buaya biasa dipergunakan sebagai kegunaan luar untuk merawat berbagai-bagai keadaan kulit, seperti luka, luka terbakar, dan ekzema.Selain sebagai bahan utama dalam kecantikan, Lidah Buaya juga dikatakan bermanfaat untuk kesihatan seperti mampu melambatkan serangan virus HIV kepada sel sihat, memperbaiki sistem pencernaan, bersifat antiseptik dan antibiotik semulajadi.Dalam bidang masakan, isi Lidah Buaya sebenarnya amat lazat untuk diadukkan dalam beraneka masakan. Teksturnya yang kenyal dengan rasanya menyegarkan sangat sesuai untuk dicampur dengan salad, tumisan, jus mahupun manisan

Bendi (Okra )

Bendi

  

Bendikacang lendir atau kacang bendir merupakan sejenis buah yang dimakan sebagai sayuran yang banyak ditanam di negara-negara ASEAN yang beriklim panas lembap. Bendi yang ada di Malaysia kini dipercayai berasal dariAfrika Tengah
Buah Bendi didapati kaya dengan 90% air, 7% karbohidrat, 2% protein dan 1% serat, garam galian dan vitamin, terutamanya vitamin B. Bendi paling kaya dengan kandungan kalsium.
Buah bendi dikatakan elok untuk perkembangan otak iaitu menguatkan daya memori otak dan kecergasan.
Bendi akan mula berbuah 50-55 hari lepas ditanam dan mampu hidup sehingga 180 hari. 

Pokok Ubi Kayu (Cassova )







Pokok ubi kayu berasal dari Amerika Selatan. Pokok ubi kayu merupakan tumbuhan berbatang rapuh dan mudah patah. Batangnya berbentuk bulat dan bergerigi yang disebabkan bekas pangkal tangkai daun. Bahagian tengah batangnya mempunyai gabus. Pokok ubi kayu biasanya mencapai ketinggian sehingga 4 meter. Ia mudah ditanam dan penjagaannya juga tidak sukar. Pokok ini boleh ditanam menggunakan keratan batang. Ia tumbuh subur di kawasan yang berketinggian 1200 meter dari aras laut. Daun pokok ubi kayu memiliki tangkai panjang dan setiap tangkai mempunyai daun sekitar 3-8 helai. Kulit batang ubi kayu mengandung tanin, enzim peroksida, glikosida dan kalsium oksalat.

Kegunaan

Pada zaman pemerintahan Jepun di Tanah Melayu, ubi kayu menjadi makanan pilihan setelah bekalan beras sukar diperolehi. Ia juga mnejadi makanan pilihan semasa musim tengkujuh. Ubi kayu boleh direbus, dibakar, digoreng, dijadikan kerepek dan kuih muih tradisional.

Selain ubi yang boleh dimakan, daun dan bahagian pokok ubi kayu juga ada gunanya untuk kita. Untuk merawat reumatik, 5 helai daun ubi kayu dan satu sudu besar kapur sirih ditumbuk sehingga lumat dan ditampal pada tempat berkenaan. Sepotong batang ubi kayu direbus bersama 3 gelas air sehingga mendidih, kemudian ditapis dan diminum dua kali sehari(waktu pagi dan petang) dipercayai dapat meredakan demam. Manakala daunnya yang dilumatkan dan ditampal pada bahagian kepala dapat mengatasi sakit kepala. Air rebusan daun ubi kayu juga dikatakan dapat merawat cirit birit. Pucuk ubi kayu yang dicelur dan dimakan sebagai ulam dapat menambah selera makan. Tangkai daun yang muda ditumbuk halus atau buah ubi kayu yang diparut boleh digunakan untuk luka bernanah.

Kandungan nutrisi bagi ubi dan daun ubi kayu ( per 100 gram ):

Ubi kayu

Kalori 146 kal
Protein 1.2 gram
Lemak 0.3 gram
Kalsium, 33.0 mg
Fosforus, 40.0 mg
Zat besi, 0.7 mg

Daun ubi kayu

Vitamin A, 11000 IU
Vitamin, C 275 mg
Vitamin, B1 0.12 mg
Kalsium, 165 mg
Kalori, 73 kal
Fosforus, 54 mg
Protein, 6.8 gram
Lemak, 1.2 gram
Zat besi, 2 mg